Latar belakang Penyeberangan Sungai Delaware oleh Washington

Meskipun tahun 1776 bermula dengan baik bagi Amerika dengan pengunduran tentera British dari Boston pada bulan Mac, benteng pertahanan di New York City agak lemah. Jeneral British William Howe mendaratkan pasukan tentera di Long Island pada bulan Ogos dan berjaya mengundurkan pasukan tentera yang dipimpin oleh George Washington keluar dari New York pada pertengahan November, beliau kemudian berjaya menawan sisa tentera di Manhattan.[1] Howe kemudian menghantar tentera di bawah arahan Charles Cornwallis menyeberang Sungai Hudson masuk ke New Jersey dan menghalau Washington di seluruh New Jersey. Saiz tentera Washington mula menyusut, di sebabkan tempoh perkhidmatan yang telah tamat dan mereka yang melarikan diri dari perang. Tentera ini mula menghadapi moral rendah di sebabkan oleh kekalahan di New York. Kebanyakan tentera Washington menyeberangi Sungai Delaware untuk masuk ke Pennsylvania melalui utara Trenton, New Jersey, dan memusnahkan atau mengalihkan bot-bot beberapa batu ke tebing sebelah barat dalam kedua-dua arah. Howe dan Cornwallis, di sebalik cubaan untuk menghalau secepat-cepatnya Washington, membina serantaian pusat kawalan bermula dari New Brunswick sehingga ke Burlington, termasuk satu di Bordentown dan satu di Trenton, dan mengarahkan tentera mereka berada di dalam kuarter musim sejuk.[2]

Rujukan

WikiPedia: Penyeberangan Sungai Delaware oleh Washington http://www.libertyskids.com/story/119.html http://www.drjtbc.org/default.aspx?pageid=71 http://sierraactivist.org/print.php?sid=46534 http://www.ushistory.org/WASHINGTONCROSSING/histor... http://www.ushistory.org/washingtoncrossing/ http://www.ushistory.org/washingtoncrossing/visit/... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=P... http://www.state.nj.us/dep/parksandforests/parks/w... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Washin...